Semua hidupan di dunia ini memerlukan air, termasuk manusia yang perlukan air untuk kestabilan sistem tubuh badan.Tanpa makanan, manusia boleh hidup sehingga tujuh hari tetapi tanpa air, manusia hanya mampu bertahan selama tiga hari dan akan mati kerana kekurangan air.Namun sejauh manakah air yang kita minum ini bersih? Kajian mendapati air yang tidak selamat diminum boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, migrain, kanser, sakit kulit, ketumbuhan dan banyak lagi.Kaedah yang terbaik dan murah pada masa sekarang ialah penggunaan air berasaskan teknologi nano bagi menghasilkan tahap air beralkali yang bersih dan selamat.
BERAPA gelas anda minum air setiap hari? Dua, tiga, empat...atau lebih? Soalan tersebut memang kerap kita dengar terutama ketika berjumpa doktor atau pakar pemakanan.
Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum lebih banyak air.
Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah diet makanan yang seimbang, senaman yang kerap, rehat, sentiasa gembira dan ketawa.
Pengambilan air juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Fakta-fakta di bawah mungkin membuatkan anda mula memikirkannya.
Mengapa tubuh memerlukan ‘bekalan’ air baru setiap hari?
Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.
Kelebihan Air System Aura Nano
1) Membantu mengembalikan keseimbangan badan
2) Memulihkan tenaga ahli-ahli sukan
3) Membunuh bakteria
4) Mencegah pembiakan bakteria
5) Menghilangkan bau
6) Membekal bahan galian
7) Menapis sebarang pencemaran bahaya
8) Mengeluarkan toksih dalam badan
9) Memudahkan penyerapan oksigen oleh sel-sel badan
10)Membekal tenaga semula jadi dan tinggi kandungan oksigen
11)Mudah untuk dipasang
Tuesday, September 15, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)